KHAYALAN
Welcome to KHAYALAN
Blog ini adalah hasil-hasil rekaan saya yang tak seberapa.

Hanya suka-suka.

* No copy cat, oke? =) *



Blog owner Mashe
Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll

Andai Aku Pergi Dulu
Monday, December 17, 2012 | 7:23 AM | 6 comments


"Andainya aku pergi dulu sebelummu
Janganlah kau bersedih hati
Andainya aku tiada lagi di sisimu
Janganlah kau memencil diri
Bayangkanlah masa-masa bahagia
Semasa engkau dan aku
Bermesra di langit biru
Di waktu kasih berpadu"

Teriang-iang lagu Alleycat ditelinga Zahar.
Ternyata lagu ini membawa kesan mendalam buat beliau.
Terkenang lah beliau dengan kisah dulu...

###

"Abang, kalau ayang tak cakap, abang tau kan? Ayang sayang abang sangat"

Kata Shema ketika sedang menikmati GCB di mekdi. Zahar hanya tersenyum. Terasa sayang pada gadis itu.
Walaupon perbezaan jarak 6 tahun, tapi itu bukan lah perbezaan yang ketara.
Orang-orang dulu juga mencari pasangan yang bezanya berpuluh-puluh tahun.

"Abang! Ayang lapar lagi! "

Sambil mencurik seketul ayam milik Zahar. Gadis ini membuat beliau tersenyum sendiri.
Hati Zahar yang 7 tahun kesepian, kini diserikan dengan cintanya pada gadis itu.
Doanya pada Ilahi semoga mereka disatukan dengan cepat.

Setiap manusia mempunyai kelemahan. Salah satu dari kelemahan Shema adalah suka putus asa dengan satu-satu perhubungan. Apabila saat itu, Zahar lah yang setia memujuk Shema. Bagi Zahar, Shema masih muda. Masih belum matang. Oleh sebab itu, Shema sentiasa perlukan Zahar supaya membimbingnya.

Satu hari, kereta yang dipandu Zahar terlibat dalam kemalangan. Nasib baik tiada apa-apa yang berlaku padanya.
Namun, Shema marah kerana tak dimaklumkan hal sebegitu kepadanya.

"Kalau abang bagi tau ayang pun, apa ayang boleh buat?" - kata Zahar pada Shema

Niat Shema hanya lah ingin berkongsi masalah dengan teman lelakinya. Disebabkan marah, Shema mengeluarkan kata-kata tanpa berfikir lagi.

"Kita putus ja lah abang! Ayang penat!"

Hati Zahar mendidih marah. Sebegitu senang Shema ucapkan kata-kata perpisahan. Apa perhubungan ini tiada nilai baginya? Apa diri ini tidak penting untuk nya?

Tapi, bukan itu kehendak Shema. Dia sendiri tidak tahu macam mana boleh mengeluarkan ayat sebegitu.

Masing-masing menyepi. Malam itu hujan lebat bersama titisan air mata mereka berdua.


Besoknya, Shema cuba meminta maaf... tapi Zahar masih seperti itu. Sukar baginya melupakan hal sebegitu.
Selepas 3 hari, Shema masih lagi merayu, memohon maaf kepada Zahar.
Tapi, alangkah terkejutnya apabila Shema membaca entri di belog Zahar..

'mungkin perpisahan ini membawa hikmah. doa-doa aku sebelum ini dimakbulkan. dan akhirnya, wanita itu datang mencariku kembali. tak da seorang wanita yang boleh buat aku sayang separuh gila sepertinya.'

Hancur luluh Shema membacanya. untuk dapatkan kepastian, Shema bertanyakan hal ini pada Zahar

"awak dah ada penganti?" -tanya Shema

"kawan lama saya..." -balas Zahar

"insyallah, saya risik dia hujung tahun nih..."

Ayat terakhir itu buat Shema takkan lupa seumur hidup ini. Sakit. Sangat sakit bila membayangkan apa yang bakal jadi... Shema menangis lagi...

Shema cuba lari dari keadaan ini. Mungkin Shema patut 'lepaskan' Zahar untuk kebahagiannya.

satu hari.

dua hari.

ahhhhh! Shema tak boleh melakukannya! Lagi lari, lagi bayangan Zahar menjelma.
Tidur termimpi-mimpi akan Zahar...Menangis setiap hari. Shema seperti orang hilang akal.

Akhirnya, Shema nekad... Shema patut lakukan sesuatu untuk Zahar.
Shema tak nak lagi lari dari Zahar...
Shema akan mencuba dapatkan hati Zahar kembali..

Macam-macam cara Shema buat... masej Zahar, walaupon hanya membalas sekali , tapi itu dah cukup bererti bagi Shema. Tak putus-putus doa Shema panjatkan pada Ilahi, agar mereka disatukan kembali.
Agar hati Zahar terbuka menerima Shema semula.

Satu hari, Zahar tidak menerima sebarang masej dari Shema. biasanya pagi-pagi Shema akan masejnya dulu.

"Ah!!! lantak dia lah!"

dan akhirnya, berlarutan sehingga seminggu. Hati Zahar tertanya-tanya, apakah yang terjadi pada Shema.
Lantas beliau mengambil telefon bimbit dan menghubungi Shema.

'Nombor yang anda dial, tidak dapat dihubungi. sila tinggalkan masej selepas bunyi tuttttt'

"Ah!!!! sial!"

Sambil mencampak henpon blackberrynya itu. Tiba-tiba, Zahar teringatkan sesuatu. Shema pernah mengunakan nombor abg kandungnya untuk membalas masej satu tika dulu. Cepat-cepat Zahar menghubungi abang Shema.

"Helo..." - Zahar

"Ya, helo..." - abang Shema membalas..

"Ini abang Shema, ya?" - Zahar

"Ya, saya." - abang Shema

"Nombor Shema tak dapat dihubungi. Sebab tuh saya call nombor nih..." - Zahar

"owh, sebenarnya adik saya masuk hospital. dah seminggu di hospital. Dia mengidap barah otak..."

Kata-kata abang Shema tadi buat Zahar terpaku seketika. Terasa gelap. Tak dapat dibayangkan kalau Shema tiada lagi didunia ini...

Esoknya, Zahar pergi mencari Shema, bebekalkan alamat hospital yang diberikan oleh abang Shema. Zahar memohon cuti beberapa hari disebabkan Shema yang tinggal jauh di utara tanah air.

Sampai saja di hospital, alangkah terkejutnya Zahar melihat muka Shema yang pucat. Dulunya muka tersebut penuh dengan senyuman. Terus beliau memegang tangan Shema. Dikucupnya beberapa kali.

"Maafkan saya... Maafkan saya..."

Shema membuka matanya. Terasa basah dijarinya.

"A..wak.. ja..ngan na..ges.. sa..ya oke.."

Pelan-pelan ucapan Shema....

"Kenapa awak tak bagi tau saya yang awak sakit? kenapa simpan sorang-sorang?"

Shema hanya menangis...

"A...wak, kalau sa..ya tak tak ba..gi ta..hu pun, a..wak ta..hukan? sa..ya sa..yang a..wak sangat..."

"Awak, jangan pergi... jangan tinggalkan saya..."

"a...wak lela..ki ter..baik per..nah saya jum..pa... ja..ga di..ri a..wak.. jan..gan sedih bi..la sa..ya tak da na..ti.."


"erk, encik.. sekejap ya... saya nak kena check pesakit..."

kata-kata doktor tersebut menghentikan perbualan mereka... setelah selesai pemeriksaan ke atas Shema, Zahar bertanya pada doktor...

"Doktor, boleh saya tau tahap berapa pesakit ini? "

"Sebenarnya, Cik Shema dah lama mengidap penyakit ini.. sekarang dia dah tahap ke 4... Masa dia tahap 3, dia pernah dimasukan ke sini. Tapi beliau tak nak lakukan sebarang pembedahan..."

"Doktor! doktor! pesakit behenti bernafas! " -jerit seorang nurse

"Bekalkan oksigen cepat.... bawak dia ke bilik emergency!! cepat!!!" -kata doktor...

Dan pada hari tuh la Shema pergi buat selama-lamanya meninggalkan Zahar.


"Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku nantimu di pintu syurga"


Old things | New things