KHAYALAN
Welcome to KHAYALAN
Blog ini adalah hasil-hasil rekaan saya yang tak seberapa.

Hanya suka-suka.

* No copy cat, oke? =) *



Blog owner Mashe
Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll

Jodoh
Monday, February 04, 2013 | 5:02 AM | 2 comments


Satu petang, seperti biasa aku akan menyibuk di kedai kawan aku ni. Nama dia Siti. Dia bukak laptop dia, dan tunjuk satu gambar. Seorang perempuan, dan disebelah kirinya, seorang lelaki.

"Ni, kawan aku. Nama dia Faizal. Sebelah dia Linda. Aku nak cerita kat hang kisah hidup depa ni kat hang". Siti memulakan ayat. Aku diam menyepi. Kusyuk dengar cerita.

"Faizal ni dulu ambik diploma. Linda pun sama, ambik diploma sebelum sambung ke degree UUM ni. So, umur Faizal ni agak tua la. Faizal dalam 27 tak silap aku. Linda umur dalam 26. Tapi, si Faizal ni agak gila-gila. Dengan karekter dia yang umur 27 tuh, memang tak caya. Dia seolah-olah tak serius"

"Tak serius macam mana?" Aku tanya untuk kepastian.

"Dia selalu cakap kat kawan-kawan dia, contohnya, 'Weh, aku hang cantik la. Aku jatuh cinta kat hang'. Faizal ni memang suka melawak sampai orang tak tau part mana dia melawak."

Siti tarik nafas, sebelum menyambung lagi.

"Faizal ni suka kat Linda. Dan Linda pun suka kat Faizal. Tapi masing-masing tak pernah luahkan perasaan. Kami yang jadi kawan-kawan dia dok merekemen la depa dua orang ni."

Sambung Siti lagi, "Hari tu, masa praktikal, depa praktikal sekolah sama. (Siti ni bakal seorang cekgu). So, dalam masa 3 bulan tu la, Depa ni bersama. Selalu masej. Dok contact selalu la.

"Habes ja praktikal tu, bila bukak ja sem, kawan-kawan bagi la ayat mintak Faizal meluahkan perasaan dia yang terpendam 3 tahun kat Linda. Faizal ni tak da keyakinan, sebab dia takut yang Linda tak dapat terima family dia. (Faizal anak tunggal dan satu-satunya harapan mak dia setelah arwah ayah Faizal meninggal)"

"So, apa kata Linda bila hampa semua bagi tau yang Faizal suka kat dia?" Aku tanya lagi. Tak puas hati ni!

"Linda tak caya la, hang pun. Dia cakap Faizal tu kan tak pernah serius. Lagipun Faizal tu tak pernah terus terang dengan dia. Tapi lepas tu, Faizal luahkan perasaan dia kat Linda, yang dia dah lama sukakan Linda"

"How sweeeet!" Aku menyampuk.

Siti tampar paha aku. "Pungkuq hang! Cita tak habes lagi oi!"

"Linda tak dapat terima Faizal" Siti sambung.

"What?!" Aku mula tertempik. Mula membayangkan frustnya Faizal.

Siti meneruskan cerita, "Masa sebelum Linda praktikal, ada orang masuk minang Linda. Mak Linda tanya Linda samaada dia ada orang lain atau tak? Linda bagi tau mak dia yang dia sukakan Faizal. Tapi disebabkan Faizal tak pernah nyatakan hasrat hati dia, so Linda tak buleh kata apa-apa. Jadi dia mintak mak dia bagi masa selama 3 bulan. Kalau selepas 3 bulan, takda jawapan, Linda terima pinangan tu"

"Hah? La... Kenapa Linda tak start dulu?" Aku seakan tak puas hati.

"Linda cakap kat aku, yang dia nak Faizal tu ada keyakinan diri. 3 bulan waktu praktikal dia tak bagi tau apa-apa pun. Lepas bukak sem pun, kawan-kawan ja yang bagitau Faizal suka kat Linda. Dan bila Faizal bagitau isi hati dia, waktu tu dah terlambat. Linda dah terima pinangan tu. "

"Linda dah... dah kawen?"  Aku tanya lagi.

Siti mengangguk. "Yup. Hujung bulan 1 baru ni. Bayangkan weh, sama-sama suka. Tapi terlambat sikit ja. Faizal berkali-kali bagitau kami yang dia menyesal sangat-sangat sebab tak bagi tau awal-awal."

"Jodoh". Hanya itu boleh aku simpulkan.

Siti mengangguk lagi. "Linda tunggu waktu akad nikah dia. Kot-kot tak jadi. Tapi jadi."

"Tapi sebagai seorang isteri, dia tak buleh ada perasaan terhadap lelaki lain selain suami dia." Aku menyampuk.

"Tapi kalau hang, dapat tau, orang yang hang suka pun sukakan hang dan hang kena kawen pada bulan yang sama, macam mana nak kikis perasaan tu? Bukan senang kan? Linda cakap, dia akan cuba jadi isteri yang baik. Lupakan kisah lama."

"Macam mana pulak dengan Faizal?"

"Faizal dok melawak ngan kami. Tapi aku tau dia sedih weh. Kadang-kadang dia cakap, 'Hampa jangan la risau. Aku tak sedih. Balik ni aku terjun bangunan ja' - dengan nada lawak la".

"Tu la. Jodoh. Dah tertulis jodoh tu bukan dengan orang yang kita suka, siapa kita nak halang? Allah tu lebih tahu apa yang terbaik untuk kita"



***********************


Kisah ini adalah kisah benar. Cuma nama watak aku tukarkan sikit. Dan maaf dengan bahasa kedah. Aku cuba ubah sikit2. :)




Old things